Alhamdulillah, dah banyak benda jugalah dah aku DIM. hahaha ngada-ngada nak DIM kan.. yela yela..DIY:)) ni ada lah sikit-sikit gambar yang aku sempat snap. Tutorial banyak lawat2 other bloggers.. termasuklah blogger2 'omputeh' terutamanya:) dia orang punya cantik dan tampak eksklusif gitu..:) tapi dah lama dah tengok..makanya tak ingat sangat dah link dia.. sumimasen~
1) Carnation flower
Kali ni aku buat 2 jenis. Satu guna bekas cupcake, satu lagi guna kertas tisu. Beli dekat popular & cowboy. Jumpa bekas yang ada love2 and pink. Terus beli:) Tak buat banyak sangat.. budget untuk centerpieces dan hiasan pada meja guestbook je:)
2) HB (handbouqet).
Ini pun semua buat sendiri. HB untuk nikah, kenduri terengganu dan kenduri perak. Nikah, aku guna bunga hantaran masa tunang. Abang bagi bunga ros putih dan merah hati. Jadi recycle jelah:) daripada terbiar begitu sahaja dalam almari hehe..jimat..jimat..jimat lagi bermakna;)
Resepsi terengganu, aku buat warna pink, biru dan cream. Gabung 3 warna. Alhamdulillah, dapat inspirasi dari blogger intan norazam dan juga bloggers lain:) survey2 baru start buat dengan gaya tersendiri..
Resepsi di perak plak aku buat warna purple. Aku gabung dengan kain cotton yang ada corak abstract and colourful sikit. Nanti dah ambil gambar aku tunjuk ye.. Ada kain lebih masa buat bantal hantaran, jadi letakkan juga kain biru tu sikit nak bagi menyerlah:) sebab kain biru tu kilat2..hehe. Frankly speaking aku tak arif bab2 kain ni..bila nak beli tu, lamalah juga round and fikir mana yang sesuai..bila dah menjadi HB nya tu..alhamdulillah, bolehla.. hehe...
3) DIY | love brooch
Love brooch ni aku guna kain felt yang dah sedia ada. InshaAllah nanti nak bagi pada saudara mara perempuan:) menggantikan bunga roset tu.. sajalah nak nampak simple lagi romantik kui kui kui. actually dah tambah gantung2 yang bulat2 berkilat tu..ish tak ingat plak apa namanya..nanti aku tunjukkan ye..:)
4) DIY design backdrop makan beradab.
Design jelah.. hehe yang lain mak kata biar vendour buat. Mak takut sangat kalau aku yang nak buat semua tu..katanya takut tak cantik huhu..pasrah..
5) DIY design pelamin
Inilah pelamin anganku. chewah hehe.. Pelamin ni just untuk bergambar. Tiada adat2 bersandinf mahupun merenjis dan tepung tawar. Memang awal2 dah cakap tak nak semua tu. Daripada dibaling2 beras tu baiklah bagi makan kat ayam..hahaha.. Alhamdulillah, semua dapat menerimanya walaupun susah juga mula2 tu.. Biasalah kan, benda dah jadi adat.. Memandangkan aku ni anak perempuan tunggal, dan ini yang pertama sebelah family mak aku, so kenalah ikut kehendak orang tua juga. Lagipun, tanpa mereka majlis ni pasti takkan berlangsung dan menjadi kenyataan kan? So akupun design lah grand sikit..
Tema: Soalhati dalam Taman Cinta.
Chewah hahahah














No comments:
Post a Comment