Alhamdulillah, majlis pertunanganku semalam berjalan dengan lancar. Syukur sangat-sangat kepada Allah. Nak menangis rasa sebab semuanya sudah selamat. Yelah, selamat untuk babak pertunangan. Tinggal 3 babak lagi:)) Meh aku cerita kronologi majlis semalam ye..:)
Subuh-subuh lagi aku dah bangun dan start mengemas mana yang patut. Tak banyak dah nak kemas sebab hari Khamis tu aku siap minta cuti hehe. Memang tak sangka juga hari jumaat tu boleh relax..buat mana yang simple things je. Jumaat tu pun baru saudara maraku datang. Malam tu kami buat sireh junjung dan letak coklat. Coklat dah beli awal-awal tapi baru gubah sebab takut cair dan dihurung sang semut:) Tak sabar rasanya nak tunjuk hasil gubahanku pada kamu semua:) Gambar masih pada cameraman and camerawoman:) Malam tu juga aku pakai inai lagi sekali nak bagi kaw sikit warna dia. Baju & tudungpun gosok siap-siap malam tu. 2.30 pagi, aku masuk tidur...takut mengantuk nak sarung cincin esok :P
Semua orang bangun awal untuk start memasak.
Menu kami adalah:
Makanan:
Menu kami adalah:
Makanan:
Laksa - Mak su
Nasi Dagang - Mak Cik Kak Ira
Nasi Minyak - Mak dan Angoh
Bihun Goreng - Mak
Dessert:
Bubur Kacang - Mak
Apam polka dot dot Qalesya - Kak Ira
Puding Castard Cocktail Berkuah - Aku
Akok - Mok Cik Kak Ira
Blueberry Cake- Hadiah dari Achik
Tembikai
Minuman:
Red Guava
Air mineral
(terlupa sangat nak sediakan air teh'o :(
2.50pm
Ketibaan rombongan pihak lelaki. Ya Allah..berdebarlah juga rupanya. Sehari dua sebelum majlis tak rasa berdebarpun. Masa lepas solat zohor tu baru rasa sangat nervousnya aku. Tapi banyak-banyak juga berselawat.. Pagi tu juga alhamduulillah, sempat aku tunaikan solat dhuha.. mohon Allah redha apa yang berlangsung nanti dan Allah mudahkan juga.
Hujan mula turun tapi renyai-renyai sahaja. Sepupu aku si Maizurah dah start baca doa hindar hujan sambil mengadap tingkap. Kelakar sungguh..Aku dengan Wan sama-sama baca..Tak sangka, sekejap je hujan turun..Subhanallah.. hujan rahmat..♥
3.00pm
Kuakui memang aku tak duduk diam sepanjang majlis bermula. Hohoho..Tak tahulah, selama ni duk tolong kenduri orang je kan..bila diri sendiri yang kena jadi pengantin, ups, belum pengantin hehe memang tak dapat duduk diam. Rasa nak check itu, rasa nak check ini. Rombongan dah sampaipun aku boleh keluar bilik lagi..semua duk kata basi..basi..ish, tak apalah..:P
Selepas pembukaan majlis, majlis dimulakan dengan acara suai kenal kedua-dua belah keluarga. Lama juga..aku kepingin sangat nak dengar..Mujur Tengku buka sikit pintu :P Nak tergelakpun ada.. buat lawak sungguh bapak abang ni. Dengar suara dia je riuh dalam majlis tu:))
Namaku sudah dipanggil..yeke? yeke? yelaaaaaaaaa hehe. Aku keluar aje dengan slumbernya... tapi semua gambar yang aku tengok lepas tu, asyik senyum and sengeh je..hohoho gumbira agaknya. Mak kata happy sangat..:P Tak ada malu-malu sangatpun hahahahaha~~ Masa sarung tu terharu sangat sebab mak abang cium dahi saya..pegang kepala saya....huhu nak menangis tapi dalam hati saja. gembira mengatasi :P
Lepas dah sarung cincin, perbincangan diteruskan lagi. Sebenarnya semua dah ada keputusan dah. Macam tarikh majlis dan lain-lain tapi masa tu macam nak jelaskan lagi ajelah. Akupun duduk bawah..segan la wei nak duduk atas kerusi tu seorang diri. Rasa macam mempamerkan diri je huhu. Duduk sekejap dengan bakal mertua ok la kan.. :P
Lepas habis bincang, sesi makan..yey.. selamat menjamu selera semuanya. Masa ni aku entertain abah aku, dan bakal mertuaku. Mereka makan kat luar..adik beradik abang makan dalam rumah. Sempatlah berborak sikit-sikit dengan bakal mertua ;) Siap ada special request lagi dari bapak abang.. tapi abang kata jangan layan sangat..bapaknya suka berdrama dan minta yang pelik-pelik hohohoh
Tiba-tiba je ada orang panggil untuk sesi bergambar kedua-dua keluarga.. Masa ni jugalah orang duk push kami ambil gambar berdua..serentak kami kata "NO NO NO" hehe. ALHAMDULILLAH, berjaya memboloskan diri dari bergambar bersama berdua..Tunggu nikah nantilah ;))
4.30pm
Family dan rombongan abang dah berangkat pulang..sedih plak..kenapa datang sekejap sangat huhu ..tak sempat lagi nak berborak dengan semua. Tapi tak mengapalah, mesti pihak rombonganpun ada urusan masing-masingkan.. Nak balik tu abang kata terima kasih dan bersabarlah melayan karenah bapaknya :P



No comments:
Post a Comment