GOLD ORANGE THEME :) from me to him:))
 |
| Buah aku pilih buah orange, pic and grape. Ok tak colour dia tu? senada dan seirama tak? Buah beli kat giant depan rumah je. Hari Khamis aku beli lepas tu letak dalam peti ais..Pagi Sabtu baru stat gubah buah. Tapi bekas tu dan bunga dah standby lama dah:) |
 |
| Ni aku minta Wan aku yang buat..ada 3 jenis agar-agar macam-macam bentuk ni. Tapi aku pilih yang ni sebab macam jiwang sket haha.. Ada bentuk ikan 2 ekor, tapi masa abang aku kahwin dulupun dah guna bentuk tu..so aku pilih si rose merah lah..tqsm Wan:)) |
 |
Buku..Hantaran yang paaaaaaaaaliiiiing aku suka:)) Special request kat abang. hehe boleh depan mak aku dia kata kalau nak sangat buku, nanti dia bagi voucher , pergilah borong satu popular tu..huiishh perli betul :P Tapi tak sangkalah..aku request 3 buku, abang bagi 5..:) amik ko. hehe aku bagi buku:
MEN FROM MARS, WOMEN FROM VENUS
(memang dah ada dalam koleksi dan nak sangat dia baca dulu before marriage)
TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI
(beli kat popular depan rumah, sangat best sebab islamik)
ISKANDAR AL FATEH
(saja bagi buku sirah satu.. lelakikan biasanya minat histrory nih.. apatah lagi kalau bab perang2 ni..sesuai lah dengan abang yang kena rangka strategi untuk berhadapan dengan PRU ;) ) buku ni beli masa bookfair kat PWTC.
Gubahan dia mula2 aku letak macam tu je atas gabus tu. Lepas tu macam tak cantik. Aku ada beli kotak love tu, saja saja beli sebab comel. Akhirnya, gunalah untuk bagi kat abang..Sayang sebenarnya bekas tu hahaha tapi mak kata kalau nak bagi kat orang, mestilah bagi yang kita suka.. ok..ok..:) Sayang juga sebab orang tak ambil gambar depan2 hantaran ni..kalau tak lagi comel nampak bunga dan penutup dia yang bentuk love.. Takpelah, redha je:) |
 |
| Ni plak gubahan kain pelekat songket dan baju melayu. both aku beli kat center point kemaman. Pilihan kakak ipar aku:) Aku memang tak reti sangatlah nak beli..tapi yang kain pelikat tu abang pilih sendiri:)) baju melayu plak aku dah beli awal-awal. Fikir punya fikir, jadilah concept love macam tu:)) Baju tu pun lipat je sebab nak gubah sangat, sayang takut berkedut plak nanti.. |
 |
Ni kek span dan yang cuppies tu kek butter. Aku order kat kedai kek Jalan Chabang. Dekat jelah. order 3 minggu awal. Pagi sabtu adik aku tolong ambil . Cuppies tu aku request fondant sebab aku fikir kalau yang fondant ni, boleh family abang bawa balik perak..Kalau cream tu macam susah je kan.. tapi tak order banyak sebab kek fondant sini mahal la juga..rm4/cup. huhu~~kek ni pun idea terdendiri..siap buat nama NIRMAN....AIN:)) Oh ya, bekas kek tu sekali penutup sebenarnya..tapi dah tak muat nak tutup. Makanya penutup tu guna untuk tutup agar-agar tokwan. Beli kat Nirwana Kemaman je, harga RM15.90.
|
 |
| Cantik tak gubahan coklat ni? mula-mula just ada ferrero..tapi mak kata rendah sangat dan tak meriah. Akupun minta mak belikan gabus love (Era Nona RM2.50). Jumaat malam tu baru gubah betul-betul..maka dapatlah hasil macam ni. Tambah lagi dengan gula-gula yang kak ipar aku beli masa kat langkawi. Ada banyak lagi jadi tambah aje:) Ferreropun beli kat langkawi...kebetuilan kak ipar nak pergi jadi kirim aje. Bekas love beli kat Romantika. RM5:)) |
 |
Satu lagi hantaran yang tak ada gambar dia seorang diri adalah sirih junjung.. Nasib baik nampak dalam gambar banyak-banyak ni hehe sirih junjung aku buat sama-sama dengan mak sedara aku, Angoh. Aku tampal daun sikit-sikit je, yang lain banyak angoh gubah tapi berpandukan gambar yang aku dah google hehehe~ tqsm angoh..Kalu juga pasal daun sireh ni. Sebab mak ingatkan angoh bawak, rupa-rupanya mak terlupa nak pesan..huhu~ Malam tu juga mak dengan gigi baru cabutnya, bergegas ke Era Nona cari daun sireh palsu huhuhu..kebetulan nak kena ambil Kak ipar dan Esya sekali. Palsu pun jadilah sebab boleh buat kenangan...kan? kan?
p/s: tepak sirih tu yang mak abang bagi..sebagai tanda meminang kot nya..hehe akupun tak berapa sure. tapi ia diserahkan kepada ibuku sebelum sesi menyarung cincin:)
|
Bunga gold orange silver tu pilihan mak aku. Aku pilih bunga yang biasa dan simple je, tapi mak aku tak berkenan..beliau nak nampak elegant. Huhu makanya haruslah aku follow sahaja menadangkan mak aku dah izinkan aku gubah sendiripun dah cukup bagus :)) Tapi banyak jugalah kena comment..end up, semua suka je...:))
Overall. aku sendiri rasa puas hati dengan hasil tanganku, Ilham dari Ilahi:) Alhamdulillah..kalau tempah, rasa tak ada kepuasan je..mahal plak tu. Gubah sendiri jauh lebih jimat..yang penting, kena rajin dan minatlah:) Saya sedia menerima tempahan kawan-kawan. hehe~ Cuma sedih sikit sebab aku sendiri tak snap elok2 pic hantaran yang aku buat ni... kak ipar banyak kali dah pesan suruh ambil gambar awal-awal..tapi banyak sangat kerja jadi tak terambil.. Its ok lah, yang penting abang comment:
"Effort bagus, result pun bagus. Hasil usaha kreativiti sendiri, jimat dan terharu rasanya"
No comments:
Post a Comment